Thursday, June 6, 2013

i'm backkkkk

setelah beberapa bulan aku tinggalkan habuk di bloggerku ini, aku rasa setakat ini aku akan aktif untuk sementara,, maybe for a few days! heee
so for those who visitor my blogger. hello #lambai2 tangan
hee, aku tak tahu apa nak di taipkan.. tapi ikutkan kepala otak aku ni, macam2 yang aku nak keluarkankan !! tapi bila aku nak mula taip je, semua yang ada kat otak aku ni hilanggg beterbangan bagai kan burung yang bebas!! huyeee!-_-

sebenarnya aku tak pernah menyepi, (maksud menyepi aku tu adalah, aku tak berhenti menaip tetang life aku !!) aku ada je, cuma bukan di blogger :D hee, aku dimana ?hahaha, nak tahu ? hee lain kalilah aku bagi tahu, sebab buat masa ni, aku hanya nak menyediri disitu tanpa ada pengguna lain yang membaca entri aku disitu, kecuali kawan baik aku :D hahahahah..

okay sampai sini dulu laa, aku nak sambung dengan blogger aku yang lain pulaaa :D cerita mengenai islamikkkk :D heee.. Assalamualaikum wtb :D kehh

Friday, October 26, 2012

favorito

Assalamualaikum warahmatulah !!

apa khabar semua? #ceh macam ada orang je :S

hee, just nak ucapkan selamat raya qurban !! kesian lembu, kesian kambing, kesian unta :'(
uuuu, okay sekarang saya tengah online #lambai3
hee, saya suka taip something kat blogger !! sebab ia seronok!! tapi kadang-kadang takde idea nak taip apa.. hee, jangan pelik eh tengok blog saya ni, well.. sekejap pasai islamic, sekejap pasai life, sekejap itu, sekejap ini.. kalau boleh! i want share everything with everyone!! hee..

Tuesday, July 24, 2012

dengan redhaNYA

Assalamualaikum.. bismillahirahmannirahim...

 YaAllah , Ya Rahman Ya Rahim.. sesungguhnya hatiku menagis taatkala melihat blog2 mengenai islam .. bertapa ruginya aku YaAllah, mengabaikan tanggungjawabku sebagai hambaMu selama ini.. sesungguhnya YaAllah, aku sedang berusaha untuk berada dijalanMu YaAllah..

Thursday, July 19, 2012

salam buat semua

Assalamualaikum w.t.b buat semuaa.. salam rindu :p

bismillahirahmannirahim..

   sedar tak sedar dah nak dekat bulan ramadhan dahh. dan sedar tak sedar dah lama juga ana tak update blogger :) sebelum itu ana ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK buat semua umat islam .. ana ingin memohon maaf jika blog ana ini tidak sempurna, dan ada cacat cela, ana hanya taip apa yang ada dihati.. ketika bulan mulia berkunjung, sama samalah kita beristiqomah . berdoa , menjaga pandagan , dan melakukan segala perintaNYA, juga menghindari segala laranganNYA.. sama samalah kita perbaiki diri , anggaplah, bulan mulia ini yang terakhir buat kita, supaya kita lebih mendekati sang Pencipta..

Thursday, May 10, 2012

Examination !

WOAHHHHHHHH #rage

I want to screaming louder and louder! and tell the world i can't do it :'(  i need people who can teach me about how to appreciate a time ! and how to study smart ?

inilah manusia memang tak lari dari mengeluh dan mengeluh dan terus mengeluh :'( selalu sangat kata pada diri "i can do it , i can do it !" tapi fakta yang sebenarnya ? actually kita yang menipu pada diri kita sendiri  . so , hidup memang tak berkat la kan :'(

Time exam je , baru nak ingat Allah , baru nak ingat study ! bila susah baru nak ingat semua tu , time senang ? semua lupa ...  kenapalah susah sangat nak berubah pada kebaikan ? betul la , perubahan itu memerlukan masa , tapi sampai bila ? kadang kadang kesabaran tu memang dah tak ada pada diri manusia , kalau boleh semuanya nak cepat .. #dah tu , mati pun nak cepat la -.- .. erkk , maaf maaf :S heheh
macam mana lah nak mengelakkan sikap pemalas ? semua cara dah buat tapi semuanya gagal :'(

Ni lagi satu masalah yang selalu ada pada fikiran >>> ENGLISH EXAM<<< bila nak khatam bahasa inggeris ni , entah la :S , bila exam english dah nak dekat je mesti rasa nak lari jauh jauh , rasa nak menyorok , rasa nak menagis , tapi rasa tension lagi menguasai diri :(  .. macam mana lah nak kawal perasaan :'(



QWERTYUIOP 

uiks -.- ni dah jauh sangat ni , menuju ke heaven apa -,- ?

shhhh... i iz hiding k . -.- pergi nyorok tempat lain la :S

alalala cutenyaa :S i can't get up ! :'( please help me :'(

woahhh :@ tension gilo ni :'@

yang ni baru betul :'( 


Tuesday, May 8, 2012

SoFast :S

sekejap je masa berlalu , sekarang dah nak masuk pertengahan tahun , exam pertengahan tahun pun dah nak bermula lusa ni :( sesungguhnya ramai yang belum bersedia , seperti mana yang aku rasakan :( rasa nak cepat cepat semua ni abes . Tetapi lumrah hidup mana boleh kita ubah , menuntut ilmu adalah sebahagian dari amal ibadah kita , jika kita tidak mempunyai ilmu , maka rugilah kita , hidup didunia Allah SWT , tetapi tidak mempunyai apa apa . Belajar ini mudah je #kata orang , jika kita faham konsep sebenar , itu pun sudah memadai , tetapi kalau kita faham isi tersurat dan tersiratnya , lagi bagus . Tetapi menuntut ilmu ini , setiap orang memerlukan kesedaran , antaranya , mereka menuntut ilmu ini kerana apa ? ada sesetengah orang kata sebab masa hadapan , ada juga yang kata sebab nak balas jasa ibubapa . yang mempunyai kesedaran seperti ini , insyaAllah mereka senang je nak menuju kejayaan .
 

     Tapi yang masih tak sedar ni pula macam mana ? :\ hmm , terpulang pada individu itu , jika di perlu melakukan sesuatu untuk seseorang insyaAllah berjaya . Tapi bila masanya mereka akan sedar ? 1 tahun akan datang ? 5 tahun akan datang ? 10 tahun akan datang ? ketika itu dah tak guna mereka nak sedar , kerana semuanya sudah terlambat . Jadi waktu yang ada ni dipergunakan lah sebaik baiknya :'( #nasihat orang , tapi buatnya tidak :'( , #YaAllah bukankan lah pintu hatiku ini untuk menerima kesedaran dari mu :'( amin.

Monday, May 7, 2012

everything depends on YOU

The way to get ahead is to start now -william feather (penerbit buku dan pengarang terkenal dari AS)

Tangguh belajar , tangguhlah jaya 

topik ni memang famous dikalangan pelajar sekarang :S
Antara membahagikan masa belajar , dan harian . ada slogan mengatakan > cakap senang buatnya tidak :S setakat cakap semua boleh , bila tiba untuk melakukannya ? adakah kita berjaya melakukannya ? persoalannya sekarang >> kenapa agaknya manusia suka bertangguh kerja ?. sebab sebab utama nya ialah : 1) malas dan 2) takut dan macam mana nak menggatasi penyakit ini ? 

semua yang berlaku ini , terletak di tangan kita . sama ada kita Mahu melakukannya atau Tidak , katakan semua manusia di dunia ini sama .. tentu semua kerja berjalan lancar dan tiada masalah.
     kenapa kita takut ? >> sebab takut melakukan kesilapan , takut pada sesuatu yang kurang pasti bahkan takut pada apa yang bakal orang cakap nanti . jangankan bertangguh dalam perbuatan , bahkan kita juga sering bertangguh dalam perkataan , iaitu ketika kita berkata , tapi memerlukan masa yang sesuai untuk berkata pada seseorang . hakikatnya , kita bukan memerlukan masa yang sesuai tetapi kita takut untuk berkata , berucap , kerana takut dikritik , takut tersalah cakap , takut tergagap , takut nampak kurang berkeyakinan dan takut diketawakan . Untuk mengurangkan sikap yang bertangguh , kita hanya perlu mengaku pada diri sendiri yang kita suka tangguh kerja -itu yang pertama :( . 
      yang kedua , terima amalan tertangguh ini sebagai sikap kita supaya kita berani menerima kekurangan ini dan bertekadlah untuk mengubahnya :)

beranikan diri , kawal diri , kawal kata , kawal fikiran , barulah kita dapat mengawal diri daripada tertangguh . beranikan diri untuk melakukan apa yang ingin dibuat , kita juga perlu memberanikan diri mendepani apa jua kesilapan yang akan berlaku nanti . Yakinlah kita mampu melakukannya :D

NO PAIN , NO GAIN :)
BELUM CUBA , BELUM TAHU :D
WHEN LIFE PUT  YOU IN A HARD SITUATION , DONT SAY 'WHY ME? ' BUT SAY 'TRY ME !' :)