Tuesday, May 8, 2012

SoFast :S

sekejap je masa berlalu , sekarang dah nak masuk pertengahan tahun , exam pertengahan tahun pun dah nak bermula lusa ni :( sesungguhnya ramai yang belum bersedia , seperti mana yang aku rasakan :( rasa nak cepat cepat semua ni abes . Tetapi lumrah hidup mana boleh kita ubah , menuntut ilmu adalah sebahagian dari amal ibadah kita , jika kita tidak mempunyai ilmu , maka rugilah kita , hidup didunia Allah SWT , tetapi tidak mempunyai apa apa . Belajar ini mudah je #kata orang , jika kita faham konsep sebenar , itu pun sudah memadai , tetapi kalau kita faham isi tersurat dan tersiratnya , lagi bagus . Tetapi menuntut ilmu ini , setiap orang memerlukan kesedaran , antaranya , mereka menuntut ilmu ini kerana apa ? ada sesetengah orang kata sebab masa hadapan , ada juga yang kata sebab nak balas jasa ibubapa . yang mempunyai kesedaran seperti ini , insyaAllah mereka senang je nak menuju kejayaan .
 

     Tapi yang masih tak sedar ni pula macam mana ? :\ hmm , terpulang pada individu itu , jika di perlu melakukan sesuatu untuk seseorang insyaAllah berjaya . Tapi bila masanya mereka akan sedar ? 1 tahun akan datang ? 5 tahun akan datang ? 10 tahun akan datang ? ketika itu dah tak guna mereka nak sedar , kerana semuanya sudah terlambat . Jadi waktu yang ada ni dipergunakan lah sebaik baiknya :'( #nasihat orang , tapi buatnya tidak :'( , #YaAllah bukankan lah pintu hatiku ini untuk menerima kesedaran dari mu :'( amin.